Tuesday, October 4, 2011

Prolog I ( Bila Kaki Mula Melangkah )

Ahlen.


Seusai hangout dengan Majlis Mahasiswa JUST (MMJ) , terus sahaja kaki melangkah pulang, menyiapkan diri untuk rehlah ke Ma'rikah Yarmouk, tidak sabar rasanya ingin menjejakkan kaki di tanah bersejarah itu. Lantas  kami pergi dengan hati yang gembira, bertemankan dua buah coaster, diisi pula masa terluang itu dengan hafalan sebuah hadis 13 




Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."

( Riwayat Bukhari dan Muslim )


Jalinan Ukhuwwah asas Tautan Hati


Jom, jom gerak tak sabar nie, comelkan coaster ni :)
Bahagian hadapan mula-mula nak masuk kawasan perang ni
Bergambar di hadapan muzium, haha saja mahu mengglamourkan diri di sini, eh?? :P

Kawasan peperangan Yarmouk, sangat luas mata memandang, dan berbukit-bukau, Subhanallah, cantik ah!
Tempat yang kami berdiri ini, pemandangan dari atas bukit, kawasan bawah itulah medan peperangan Yarmouk, err tinggi la jugak, agak2 kalau tak hati-hati err boleh terjatuh kot

Ini namanya Tugu Pedang Khalid al-Walid, menandakan bukti bahawa beliau pernah menjejakkan kaki mengetuai peperangan Yarmouk ini. 

Sangat termotivated bila mendengar kisah peperangan Yarmouk ini, dan semacam memberi satu semangat baru dalam diri untuk terus berjuang. GO GO GO!


Err oh lupa nak beritahu, angin pada waktu sangat kuat :P
Haa dapat kawan baru lagi :P cantik scene ni, sebenarnya sedang menunggu matahari terbenam di ufuk barat,  memang undescribelieveable lah~!

Ramai je pengunjung datang sini, yang datang berkelah pun ada :P
Walaupun perbezaan kita ini  JUST dan Yarmouk, namun sinergi antara kita tetap membara 

Alhandulillah, ada lagi banyak pengalaman yang saya ingin kongsikan bersama, tetapi hold on dululah ya, sekiranya ada masa terluang lagi, episod ini akan bersambung lagi pada post yang seterusnya.


1 comment:

Qawiem Khairi said...

Akan ke sana juga insyaAllah.
Tetapi entah bila.. ^^