Wednesday, December 21, 2011

Prolog II :: Kaki Terus Melangkah

Assalamualaikum sekalian,


Wah, lama sangat rasanya tak update sesawang blog ni, dah bersawang-sawang nampaknya nih. Ok, tape tuan punya blog sangat  rajin gila belajar untuk hadapi Final Exam-First Semester sekarang ni. Heh, =.='


Kita sambung ye kembara kita hari ni, khusus untuk ahli famili yang agak-agak macam tak berkesempatan nak datang Jordan, tengok gambar pun bolehkan. haha


Oh yeah, Jaulah 1.0 kami ni pada waktu cuti musim haji yang lalu..*maaf lambat sangat-sangat, baru nak post.. Antara tempat-tempat yg kami lawati termasuklah Amman, Laut Mati, Ajloun, Ummu Qais, Jerash, Ashabul Kahfi, Makam Para Sahabat, dan ada juga tempat-yg-sg-tak-igt-nama.
Jom, kita selongkar gambar-gambar yang sempat saya snap plus cilok dari rakan-rakan.




Jom gerak ke Amman
 Apa yang seronok pasal Amman? 
Oh, Amman tu boleh jadi tempat melabur duit, barang-barang 'bundle' serius murah gila daripada kalau beli kat Malaysia, tapi iye lah perlu bijak memilih, mencari dan menyelongkar di situ. Kalau pandai bodek-bodek sikit, pujuklah a3mmu tu suruh bagi diskaun, yeah. Nama pun bundle kan.


Tapi perlu ingat di situ, tempat-tempat yang grand seperti Mecca Mall, City Mall dekat Amman tu, tak mampulah kan nak beli, shopping-shopping ke, setakat tengok dan lihat je. Isk.. mahal..mahal...Kami jalan-jalan shopping sampai malam. Haha


Then, sempat juga kami melawat Ashabul Kahfi, juga berdekatan dengan Ibu Negara Jordan ini..






Cave of The Seven Sleepers, Kisah ini pun dah termaktub dalam al-Quran, kan ? :)  Sangat seronok dapat baca kisah-kisah mereka ini




Mungkin saya patut buka tajuk baru kalau nak cerita pasal Ashabul Kahfi, mungkinlah kan (?) haha. Kalau diberi peluang untuk dekatkan diri padaNya, sekali-kali jangan dilepaskan. Serius weyh, kalau pergi mengembara, kita pegang al-Quran dekat tangan, pergi mana-mana pun, kita akan rasa dekat dengan Allah.

Apa yang dibacakan kisahnya pada kita dalam al-Quran tu sangatlah relevan dengan keadaan dan situasi tempat tersebut. Ada signifikannya disitu. Dalam Quran sebut begitu begini, nah lihatlah kerelevenannya dengan keadaan tempat tersebut. Subhanallah! Dia dah susun cantik dah :)


Antara barang-barang peninggalan yang masih elok dijaga rapi  dalam gua tersebut.


Masjid Ashabul Kahfi, sempatlah juga round-round


Wow, cun-cun semua, tu especially yang pink tuh :P



Snap satu #cantiklawaindah
Inilah yang dikatakan makam ashabul kahfi tersebut

Disebutkan oleh Mu3alim yang jaga tempat ini, inilah antara tulang-tulang ahli yang tujuh itu yang masih lagi kekal disimpan. #oh, Mu3alim tu reti cakap Melayu hoho *excited 

Kemudian kami sambung perjalanan jaulah dengan harapan nak melawat Rom Coloseum, tapi arghh tutup pulak!

Ambil gambar dari luar sahaja, kalau tak memang dah berpagar-pagar dah

Haa ini yang paling menarik, kami pergi Laut Mati! Sangat seronok sebab tak ramai orang, awal-awal cuti kami pergi, tadelah nak jumpa pelancong sangat, ada juga jumpa Malizi dari Arab Saudi, datang bercuti ke Jordan sempena cuti raya haji, katanya.


Laut Mati, indah pada pandangan mata, namun apa kata pandangan hati? Jom, telusuri sejarah sekejap, Laut Mati, terletaknya disitu titik paling rendah di muka bumi ini. Dalam al-Quran diceritakan kisah Kaum Nabi Lut yang ingkar dengan Allah kerana masyarakat sosialnya yang sangat bertentangan dengan sifat semulajadi dan tabii manusia, ya, hubungan sejenis yang jelas secara langsung sangat clash dengan jiwa semulajadi manusia. Sebagai balasan, Allah menterbalikkan kawasan kaum Nabi Lut, dan jadilah kawasan Laut Mati pada hari ini.

Fakta menarik, kandungan garam yang sangat-gila tinggi kat Laut Mati menyebabkan langsung tiada makhluk yang mampu hidup didalamnya. Even, there is a slightly wound at your hand, pedih gila kalau air Laut Mati kena kat tangan. Pergh~

Sempat mandi-manda terapung atas air sekejap, then dengar sedikit selingan tentang sejarah Kaum Lut ni










Kadang-kadang kita tak bolehlah nak terlalu gembira kan datang tempat-tempat begini. Cukuplah kita ambil 'ibrah dan pengajaran yang cuba disampaikan. Ambillah yang sekadarnya sahaja, kerana ianya mungkin yang terbaik untuk kita.

Saya pun perlu refresh balik diri ini, sentiasa kena ingat, kita kembara bukan saja suka-suka, supaya saya lebih mengenali diri hamba ini, mungkin juga supaya saya lebih dekat padaNya, ya, dan mungkin juga saya perlu sedar dunia yang sebesar ini pada pandangan mata saya hanyalah sejemput pada pandangan Allah. Ya, supaya sedar hanya Dia berkuasa, hanya Dia yang pegang kita.

Nampaknya, macam perlu sambung pada post yang seterusnya, omaigod orang sibuk face the book, saya sibuk write the blog. Oh, saya sambung lain kali ya.

Buat rakan-rakan MEJ 5-INTEC, kau orang memang superb awesome lah buat jaulah macam ni, indeed the best moment ever.

Zaman INTEC dulu, masih fresh-fresh busuk baru habis SPM, haih tapi datang sini (Jordan) semua dah makin matang  :) insyaAllah kita boleh habiskan pengajian 5-6 tahun dekat sini dengan jayanya.

Mak and Abah, anak perempuan yang seorang ini baik-baik saja disini,  tapi nak risau pun tape, lagi saya suka haha! Lama tak jumpalah, haih miss you all <3
Mohon doa ya, supaya selamat-selamat saja di sini.

No comments: