Tuesday, September 27, 2011

Menggarap Peluang

17:1


Exalted He who took His Servant by night from al-Masjid al- Haram to al- Masjid al-Aqsa, whose surroundings We have blessed, to show him of Our signs. Indeed, He is the Hearing, the Seeing.
( Surah al-Isra' :  1 )
Bumi Jordan, bumi yang diberkahi, Insya-Allah.

Seminggu selepas sampai di Jordan, barulah berkesempatan merasai teknologi canggih internet. Maafkan andai kiranya membuatkan mak abah risau rindu akan anak perempuannya yang seorang ini. Ya, kelembapan internet menjelaskan segalanya, ditambah pula dengan rakan-rakan lain yang turut kegeraman berhabis-habisan berfacebook menghubungi famili di Malaysia, sampaikan saya dan roomate terpaksa mengalah *dah cuba beratus kali tetap tak dapat connection dengan internet.

Tidak mengapa, itu bukan alasan yang kukuh untuk saya tidak terus mencuba. Jom saya bawa jalan-jalan sikit  bumi Jordan ini.

Terharu apabila sesampainya kami di lapangan terbang, kami disambut dengan baik oleh senior-senior. Terasa bertuah dan bersyukur kerana sebagai pendatang asing orang baru yang langsung zero tentang Jordan dibantu oleh senior dan mereka tidak pula mengharap sebarang balasan. 








Ini Queen Alia International Airport, di Amman lagi, baru sahaja tiba :)


Dalam perjalanan ke Irbid menaiki bas Jami'ah yg disewa khas untuk mengambil pelajar


Semasa perjalanan err memang tidur kepenatan, sebab tu tak sempat nak snap banyak.

Sakan (asrama pelajar) Sahawneh, tempat tinggal untuk first year student, nampak luar macam batu je, tapi dalam memang superb 


Ini apa ye? Err jalan-jalan dekat Irbid la kot, suasana bandar

Jom pergi JUST :)  Sepanjang perjalanan 20 minit menaiki coaster ( tambang 35 qirsh) memang pandangan dijamu dengan suasana padang pasir je. haha

King Abdullah's University Hospital (KAUH), terletak di hujung nuun memang kalau jalan dijamin penat, aduh



Seusai imtihan kaafah, mentor bawa pergi jalan-jalan mengenali JUST. Memang perlu pun, JUST ini tersangatlah besar dan err panas lagi terik. Boleh je kalau nak tersesat ke apa.


Walaupun JUST ni padang pasir, tapi pohon-pohon hijau hidup je dalam jami'ah ni, memang redup dan berangin kalau  kena time-time dia. Paling best lepak sini kot, makan pizza beli kat mujamma'  jami'ah tu. :P


Kawasan hadapan jami'ah di Kuliyyah At-Tibb,  memang kawasan lepak  menanti kelas yang lain.


Jami'ah kesayanganku, masih lagi mencari-cari dan meneroka kawasan yang luas ini. 


P/s : Minda berfikir untuk menela'ah bumi barakah ini. Masih mencari ruang dan peluang untuk mengembara di tanah berpijaknya para nabi dan sahabat. Doakan saya agar berkesempatan melawat tempat bersejarah dan mengambil 'ibrah dari pengalaman ini.


InsyaAllah akan sentiasa mengupdate, sekiranya diizinkan Ilham dari-Nya. :)

3 comments:

thuaibah said...

thuaibah abdul ghani likes this..=p

AbahEmak said...

Asm,
1 - Alhamdullillah terubat juga hati abah bila membaca blog Beah.
2 - Teruskan berkarya semuga mendapat keberkatan dari Nya.
Wsm
A&E

Anonymous said...

Jangan lupa untuk berkongsi pengalamanmu itu.