
Exalted He who took His Servant by night from al-Masjid al- Haram to al- Masjid al-Aqsa, whose surroundings We have blessed, to show him of Our signs. Indeed, He is the Hearing, the Seeing.
( Surah al-Isra' : 1 )
Bumi Jordan, bumi yang diberkahi, Insya-Allah.
Seminggu selepas sampai di Jordan, barulah berkesempatan merasai teknologi canggih internet. Maafkan andai kiranya membuatkan mak abah risau rindu akan anak perempuannya yang seorang ini. Ya, kelembapan internet menjelaskan segalanya, ditambah pula dengan rakan-rakan lain yang turut kegeraman berhabis-habisan berfacebook menghubungi famili di Malaysia, sampaikan saya dan roomate terpaksa mengalah *dah cuba beratus kali tetap tak dapat connection dengan internet.
Tidak mengapa, itu bukan alasan yang kukuh untuk saya tidak terus mencuba. Jom saya bawa jalan-jalan sikit bumi Jordan ini.
Terharu apabila sesampainya kami di lapangan terbang, kami disambut dengan baik oleh senior-senior. Terasa bertuah dan bersyukur kerana sebagai pendatang asing orang baru yang langsung zero tentang Jordan dibantu oleh senior dan mereka tidak pula mengharap sebarang balasan.
 |
3 comments:
thuaibah abdul ghani likes this..=p
Asm,
1 - Alhamdullillah terubat juga hati abah bila membaca blog Beah.
2 - Teruskan berkarya semuga mendapat keberkatan dari Nya.
Wsm
A&E
Jangan lupa untuk berkongsi pengalamanmu itu.
Post a Comment