Wednesday, April 18, 2012

Macam Mana Ni, Acik Jija?


Yeay, dapat bergambar dengan Acik Jija, Thanks Acik Jija :D
   

      "Acik Jija, macam mana ni? Esok exam ada 3 paper, penat sangat, banyak lagi tak sempat nak baca, macam mana nak jawab exam esok? Acik Jija dah baca semua ke?," Acik Beah mula mengeluh pada Acik Jija, mengingatkan keesokan harinya bakal menghadapi exam untuk 3 subjek pada hari yang sama, dengan material setiap subjek yang tidak kurang sikitnya!

        Peliknya Acik Jija ni, mukanya tenang, cool mengalahkan Acik Beah yang selalunya rakan-rakan melabel sebagai "cool".Eheh. "Acik Jija, relaksnya, dah baca semualah tu, Arrghh...," Acik Beah mula merasa bahang stress, melihatkan rakan-rakannya kelihatan semua sudah bersedia menghadapi exam keesokan harinya. Tiba-tiba, Acik Jija hulurkan sehelai kertas putih berdakwat hitam diatasnya tertulis "Beah, selagi ada masa ni, jangan mudah berputus asa, InsyaAllah sempat je nak baca semua, Beah boleh!" Mata Beah yang mula kendur tidak semangat tadi mula membulat, serasa ada semangat baru menjalar untuk terus mencuba, walaupun tulisan yang dihulurkan tadi cukup biasa didengari. Cukup sinonim. Tapi bermakna.
     
        Acik Jija dan Acik Beah keluar beriringan setelah usai kelas Natural Resources sebentar tadi, berjalan menuju ke perhentian bas, perlu bergegas pula ke Bangunan at-Tibb, untuk menghadiri kelas seterusnya. Dalam bas gonggok tu, Acik Beah duduk bersebelahan dengan Acik Jija, sambil terkumat-kamit tidak berhenti mengeluarkan kata-kata tidak puas hatinya yang sangat-sangat terhadap exam esoknya yang dikatakan 'hectic' tu. Dalam kesesakan yang teramatlah sesat dengan gelagat gadis-gadis arab yang macam-macam perangainya, Acik Jija pandang muka Acik Beah yang keruh sedari tadi.

        "Acik Beah, Acik Jija pun banyak tak cover lagi, tapi InsyaAllah selagi mana ada masa, selagi itulah kita jangan pernah berhenti berusaha. Tu, Allah nak tengok tu macam mana kita nak dekat dengan Dia, Dia panggil kita tu," Acik Jija pandang Acik Beah, Acik Beah mula tersentap disitu. Sambung Acik Jija lagi, "Semalam pun Acik Jija dah puas fikir, dah puas menangis, takut tak habis baca, tak sempat pun nak buat latihan, tapi Acik Jija percaya kat Allah yag dah sediakan semua yang terbaik untuk kita. Katakanlah esok Acik Beah blur, tak tahu nak jawap apakan, Allah ada untuk kita Acik Beah, boleh je Acik Beah nak minta kat Allah balas semua kebaikan yang Acik Beah pernah buat seikhlasnya. Acik Amnah pernah kata macam tu kan kat kita semua dulu, Allah itu ada kat sini, Acik Beah," sambil tangan Acik Jija menekap di dada, tanda betapa Allah itu sentiasa bersama.

       Acik Beah diam. Tak tahu mahu bertutur apa, Acik Beah koreksi diri balik. Selama ni Acik Beah baca buku Acik Beah tak pernah nak relatekan pada Allah, kadang-kadang Acik Beah lupa. Kalau ingat time tu, ingatlah tapi kalau tak teringat, maka berlalulah amalan Acik Beah tu macam tu je. Lebih-lebih lagi, Acik Beah pun selalu fikir baca buku pun sebab exam, sangat susah nak kuatkan hati seupaya belajar kerana Allah seikhlas-ikhlasnya, Acik Beah ligat berfikir. Dah jauh rupanya Acik Beah ni dari Allah.

      "Acik Beah dah call mak, abah, family? Mintaklah sokongan, selalupun Acik Jija telefon minta semangat dari mak dan ayah," Acik Jija bertanya. Acik Beah geleng kepala. Acik Beah jarang telefon keluarga di Malaysia, selalupun Skype je, kalau tak telefon tu, tak adalah. Masa tu, Acik Beah baru teringat kat mak dan abah, oh dah lama sangat tak tanya berita dari Malaysia. Lama sangat. Mata Acik Beah mula berair, sedih sangat kalau fikir mak dan abah, kalau-kalaulah mereka risau dengan Acik Beah yang seorang di luar negara ni. Abah dan mak, Acik Beah dah lama tak telefon Malaysia, Acik Beah rindu sangat nak tengok muka mak dan abah. Hati Acik Beah berkata sendiri.

       Hari itu, didalam bas gonggok itu, didalam kesesakan pelajar-pelajar Arab itu, Acik Jija berjaya buat Acik Beah sebak, sebak memikirkan betapa lupanya Acik Beah pada mak dan abah, dan yang paling penting, Dia yang Maha Satu. Sepatutnya Acik Beah tak boleh berputus asa selagi mana tak hadapi lagi cabaran tu, selagi mana kita tak mencuba. Acik Jija hulur sehelai tisu dekat Acik Beah "Hai Acik Beah, nak menangis pun boleh cun lagi, haish~," Acik Jija!!

       Acik Beah berterima kasih sangat kat Acik Jija sebab bagi satu lontaran kat Acik Beah, Acik Beah rasa biasa je pun ayat-ayat Acik Jija tu, tapi Acik Beah rasa terkesan sangaaaat. Acik Beah nak usaha banyak-banyak, tak mahu dah berundur sebelum mula melangkah, Acik Beah percaya kat Allah, Acik Beah pun percaya juga kat rakan-rakan yang lain yang sebenarnya kita semua memang diciptakan hebat menghadapi ujian tu. Acik Beah nak jaga hubungan sesama Allah, sesama manusia, barulah hidup kita kat dunia ni bermakna.

Thanks Acik Jija! ^^

p/s : Cerita diadaptasi dari kisah benar, cumanya telah diedit sebaik mungkin untuk menyenangkan orang yang menulis dan orang yang membacanya.

p/s II : Banyak lagi yang Acik Jija pesan tapi Acik Beah tak reti nak masukkan dalam cerita ni macam mana. Hehe. Maaf.

p/s III : "Setiap jalan yang susah itu, membawa pengakhiran yang gembira" - quoted.



1 comment:

Shiro Bazly said...

beah cun&cool.. good luck tuk fizik esk.. XD