Wednesday, April 25, 2012

Only In 24 Hours.....

        Pagi tu, bangun, siap-siap untuk tunaikan solat Subuh berjemaah, entah mengapa jiwa ini terdetik instinct, kenapa hari ni rasa macam sedih sangat? Dan-dan lepas tu pula teringat bidadari syurga (baca : Lin) yang sehari-harian tugasnya tidak jemu untuk mengetuk pintu bilik kami kejutkan dari tidur untuk solat Subuh. Terasa lain pagi itu. Rasa kurang. "Oh, mana Lin ni? Dah tak mahu kejut kami bangun Subuh lagi ke?" Tiba-tiba terlintas di hati satu pertanyaan. Terus bergegas kaki ini turun ke musolla bawah yang sudah lama tidak dijejaki, mencari sesusuk tubuh Lin.

        "Oh, itu Lin!" Sedang membaca atau menghafaz al-Quran, itu saya tidak pasti, tetapi yang pasti, tangannya tidak pernah kosong dari memegang al-Qur'an. Ya, kagum sebentar saya dengan kesungguhan dia. Seusai solat Subuh berjemaah (*termasbuk pulak =.=') terus saya mendakap tubuh Lin, bertanyakan, mengapa hari ini saya tidak mendengar ketukan bangun Subuh di bilik saya. Lin memandang dengan wajah pelik, "Eh, kenapa Beah ni? Eh, kita dah kejut awakla tadi, dah nampak Aqilah bangun, tula kita turun terus ni," Air mata saya tak tertahan, tumpah juga akhirnya di bahu Lin, "Lin, jangan pernah merasa penat untuk kejut saya bangun waktu Subuh, jangan pernah berasa putus asa untuk terus mengetuk bilik-bilik sahabat untuk bangun, menjalankan kewajipan padaNya. Saya nak minta maaf sangat-sangat ada ketikanya diri ni rasa malas dan lemah untuk melawan nafsu tidur tu," Cumanya saya tak mahu sahabat-sahabat saya merasa sedih atau terasa dengan sikap diri ni.

        Lin buat muka pelik. Mungkin sikap saya yang tiba-tiba bahkan langsung tidak memberi signal memberi seribu satu persoalan buat dirinya. "Eh, tapelah, ok je, jomlah baca ma'thurat," ajak Lin sambil kami membuat satu bulatan comel di musolla itu, sambil mengulang bacaan ma'thurat. Naah, tiba-tiba pula hati ni merasa sebak, langsuuuung tidak diketahui dari mana datang sumbernya, berjurai pula air mata ini tumpah semasa kami membaca ma'thurat, datang pula ilham, "Beah, dah lama kan kau tak turun solat Subuh berjemaah dan baca ma'thurat ramai-ramai macam ni, selalu kau jemaah dalam bilik je, kalau tak berdua, berempat dengan rakan-rakan satu floor," Allahu Allah, sudahh, dari mana datangnya lintasan hati, tiba-tiba muncul tanpa pamitan!

       "Itulah, selalu kau study-study tapi solat Subuh berjemaah ramai-ramai kat musolla ni, kau tinggalkan je kan, asalkan berjemaah berdua pun kau rasa dah cukup. Allah tu Beah, bila-bila masa je Dia boleh tarik nikmat senang kat kau, Time tu nanti, siapa yang kau cari? Allah jugak kan? Masa senang-senang kau ingat Allah separuh-separuh, time susah baru kau nak ingat Allah sepenuhnya? Hamba jenis apa kau ni, Beah?!" Arghh siapa yang bercakap tu?! Tersentap. Tak tertahan-tahan air mata ni turun berjurai :"(.

       Lin yang duduk dihadapan menyedari keadaan tersebut, "Kenapa Beah? Beah ok ke?" Laju saya naik ke bilik, cuba untuk melupakan sejenak bait-bait fikiran yang terlintas di fikiran sebentar tadi.

       Ternyata Allah Maha Berkuasa, tidak ada satupun yang terlepas dari pandanganNya, pagi itu, kelas pertama di JUST, markah subjek Physic diedarkan kepada kami. Alhamdulillah, pertama-tamanya saya cuba untuk bersyukur dengan apa yang diberiNya, walaupun markah yang saya dapat antara yang biasa-biasa (biasa sangat!! Please, Redha) dan saya cuba untuk mengawal perasaan agar tidak pecah dalam kalangan rakan-rakan. Tak mahu terkantoi, gamaknya. Kemudian perjumpaan batch Tooth Fairies 11's, sejenak mendengar kata-kata menusuk dari para sahabat.

       Pesanan kak Wiyah, "Usaha, doa dan tawakal itu mesti seiring, tiada istilah step-by-step, start je usaha tu, kita dah mula bertawakal pada Allah, masuk atau tidak apa yang dibaca, semua ditentukan oleh Allah. Sekali-kali jangan lupa, perlu muhasabah, check-list diri, dah betul ke hubungan kita dengan Allah? Dengan ibubapa? Dengan rakan-rakan? Restu dan barakah ibubapa itu penting, jangan lupa untuk telefon kalau ada masalah. Support dari rakan-rakan, kita kat sini, rakan-rakanlah penguat semangat kita, jangan tinggalkan dia sorang-sorang, kalau jatuh, bangun sama-sama, bla...bla..bla,"

     Kata-kata seorang syabab, "Allah rindu nak dengar kau tahajjud berdoa kat dia tu, kalau malam-malam korang tidur awal, bangunlah kejap, solat lepas tu study, lagi berkat, Aku selalu je buat, korang kalau dapat markah rendah dalam exam, tak perlu nak down sangat, bukan boleh dapat ubah markah tu on the spot pun. Cuba cari jalan lain, tukar cara belajar, selalukan bersukan, kalau akhawat tu, nak memasak pun boleh, release tension (ehh =.=''''), korang ingat syabab2 kat sini cool markah macam tinggi, tapi kat dalam tu biasa-biasa aje."

      Kalam seorang akhawat, " Allah bagi ujian markah tinggi kat kita, supaya kita boleh bantu kawan-kawan yang lemah, bukannya untuk dibangga-banggakan, ujian buat diri kita, Allah nak tengok sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat-nikmat yang diberi. Kita tidak riak dan sebagainya, malah kita sepatutnya lebih merasa amanah pada tanggungjawab yang dipikul. Manakala yang dapat markah rendah itupun satu ujian, kita tabah atau tidak menghadapinya terletak pada diri kita. Usaha perlu dilebihkan, doa perlu diperkasa, sepatutnya, makin dekat kita dengan exam, semakin dekat kita pada Allah, bukan semata-mata pada buku."

        Hari itu, tak cukup dengan Lin, Dia hantar para sahabat kepada saya, on the spot kena pada diri, Allah ada kat mana-mana Beah! Sejauh mana pun kau lari seantero dunia, kau tak akan dapat lari daripada pandanganNya. Kalau Dia nak buat sesuatu tu, "Kun, fayakun!" Kalau cakap dengan Acik Jija ni, mesti air mata ni tumpah lagi :"(

Doakan kami, para dentist Tooth Fairies 11's seramai 52 orang berjaya graduate pada waktu yang ditetapkan sebagai doktor-doktor yang berdedikasi plus dai'e yang berwawasan supaya dapat menyumbang tenaga dan kepakaran buat umat.

         Pulang dari JUST pula, ada nota cinta atas meja, bidadari syurga yang bagi. Tahu-tahu je harini saya dah lalu macam-macam, suka sangat nak share ayat dia, "Tak masuk neraka mereka yang menangis kerana takutkan Allah," Tanda kita cinta padaNya, bila ada secebis guilty dalam diri bilamana kita tak mampu nak tunaikan tanggungjawab yang terbaik padaNya sebagai seorang hamba. Lepas tu, Lin ajak saya jadi bidadari juga untuk sama-sama kejar syurgaNya, tumpah lagi air mata ni tiba-tiba, arrghh stress! Naahh untuk hari ini sahaja, dah berapa kali saya menumpahkan air mata atas sebab-sebab yang saya sendiri kurang pasti. Apa lagi yang kau nak deny, Beah?

          Petang itu, telefon Nawwarah, selepas penat mengesat air mata sebentar tadi, ada hal, katanya. Takdir Allah, saya bertanyakan keputusan peperiksaan yang Nawwar dapat. Alhamdulillah, saya tumpang gembira dengan result dia yang jauh lebih cemerlang dari saya, tapi dari sudut hati yang kecil ni yang memang dah tak dapat dibendung, pecah juga takungan air mata yang ditahan sedari tadi. "Macam mana Nawwar yang lagi banyak subjek yang perlu dihadapi waktu tu, can cope with time, and excellence in her exams. Saya ni yang punya banyak masa langsung tidak mampu mencapai result yang macam tu!" Sekali lagi khabaran dari Nawwar membuat jiwa kecil menangis, oh, Allah Kau nak tunjuk apa sebenarnya?

        Time tu, meletuplah segala apa yang ada di benak fikiran, tak mampu dah menanggung perasaan, lantas diluahkan segalanya pada Aqilah, pendengar yang baik, at least, dia tak membuatkan saya lebih terfikir-fikir dan menambahkan tangisan. Habis waktu dinner kami dianjak ke belakang, gara-gara tak mahu dilihat dek jiran bilik sebelah.

         Ya, apa sebenarnya yang cuba ditunjukkanNya, puas saya mencari, memikir apa hikmah disebalik perancangan Tuhan yang Maha Agung. Dan ternyata, saya masih lagi dalam usaha meneruskan pencarian.....

Allahu Allah, saya bukanlah orang yang pandai bermadah cumanya, kehidupan didunia ni, mesti ada something yang Allah nak tunjuk, dan saya tak kekok untuk nak mengajak semua sama-sama mencari apakah  'something' yang cuba disampaikan. Kalau ada idea, bolehla kita share sama-sama, kan?


p/s: banyaaaak sangat benda nak cerita, betapa Dia dah susun hidup ni cantik tertibnya, ikut flow dengan waktu yang sangat-sangat tepat. Maaf andai ada yang tak sempat nak diceritakan.

p/s 1 : Jadikan ini sebagai penguat semangat, saya tahu ada yang down sempena result 2nd Exam baru-baru ni, tapi jangan lupa untuk terus bangkit, kita tak mahu untuk berada di bawah selama-lamanya.

p/s 2 : Thanks to Fairies 11's, hikmah disebalik kejadian, Allah jadikan kita bagai abang-adik-kakak untuk sama-sama terus melangkah meneruskan kehidupan.

p/s 3 : Bukanlah saya orang yang terbaik, tapi saya berusaha untuk jadi yang terbaik, mahukah anda ikut bersama saya? ^^
     

Wednesday, April 18, 2012

Macam Mana Ni, Acik Jija?


Yeay, dapat bergambar dengan Acik Jija, Thanks Acik Jija :D
   

      "Acik Jija, macam mana ni? Esok exam ada 3 paper, penat sangat, banyak lagi tak sempat nak baca, macam mana nak jawab exam esok? Acik Jija dah baca semua ke?," Acik Beah mula mengeluh pada Acik Jija, mengingatkan keesokan harinya bakal menghadapi exam untuk 3 subjek pada hari yang sama, dengan material setiap subjek yang tidak kurang sikitnya!

        Peliknya Acik Jija ni, mukanya tenang, cool mengalahkan Acik Beah yang selalunya rakan-rakan melabel sebagai "cool".Eheh. "Acik Jija, relaksnya, dah baca semualah tu, Arrghh...," Acik Beah mula merasa bahang stress, melihatkan rakan-rakannya kelihatan semua sudah bersedia menghadapi exam keesokan harinya. Tiba-tiba, Acik Jija hulurkan sehelai kertas putih berdakwat hitam diatasnya tertulis "Beah, selagi ada masa ni, jangan mudah berputus asa, InsyaAllah sempat je nak baca semua, Beah boleh!" Mata Beah yang mula kendur tidak semangat tadi mula membulat, serasa ada semangat baru menjalar untuk terus mencuba, walaupun tulisan yang dihulurkan tadi cukup biasa didengari. Cukup sinonim. Tapi bermakna.
     
        Acik Jija dan Acik Beah keluar beriringan setelah usai kelas Natural Resources sebentar tadi, berjalan menuju ke perhentian bas, perlu bergegas pula ke Bangunan at-Tibb, untuk menghadiri kelas seterusnya. Dalam bas gonggok tu, Acik Beah duduk bersebelahan dengan Acik Jija, sambil terkumat-kamit tidak berhenti mengeluarkan kata-kata tidak puas hatinya yang sangat-sangat terhadap exam esoknya yang dikatakan 'hectic' tu. Dalam kesesakan yang teramatlah sesat dengan gelagat gadis-gadis arab yang macam-macam perangainya, Acik Jija pandang muka Acik Beah yang keruh sedari tadi.

        "Acik Beah, Acik Jija pun banyak tak cover lagi, tapi InsyaAllah selagi mana ada masa, selagi itulah kita jangan pernah berhenti berusaha. Tu, Allah nak tengok tu macam mana kita nak dekat dengan Dia, Dia panggil kita tu," Acik Jija pandang Acik Beah, Acik Beah mula tersentap disitu. Sambung Acik Jija lagi, "Semalam pun Acik Jija dah puas fikir, dah puas menangis, takut tak habis baca, tak sempat pun nak buat latihan, tapi Acik Jija percaya kat Allah yag dah sediakan semua yang terbaik untuk kita. Katakanlah esok Acik Beah blur, tak tahu nak jawap apakan, Allah ada untuk kita Acik Beah, boleh je Acik Beah nak minta kat Allah balas semua kebaikan yang Acik Beah pernah buat seikhlasnya. Acik Amnah pernah kata macam tu kan kat kita semua dulu, Allah itu ada kat sini, Acik Beah," sambil tangan Acik Jija menekap di dada, tanda betapa Allah itu sentiasa bersama.

       Acik Beah diam. Tak tahu mahu bertutur apa, Acik Beah koreksi diri balik. Selama ni Acik Beah baca buku Acik Beah tak pernah nak relatekan pada Allah, kadang-kadang Acik Beah lupa. Kalau ingat time tu, ingatlah tapi kalau tak teringat, maka berlalulah amalan Acik Beah tu macam tu je. Lebih-lebih lagi, Acik Beah pun selalu fikir baca buku pun sebab exam, sangat susah nak kuatkan hati seupaya belajar kerana Allah seikhlas-ikhlasnya, Acik Beah ligat berfikir. Dah jauh rupanya Acik Beah ni dari Allah.

      "Acik Beah dah call mak, abah, family? Mintaklah sokongan, selalupun Acik Jija telefon minta semangat dari mak dan ayah," Acik Jija bertanya. Acik Beah geleng kepala. Acik Beah jarang telefon keluarga di Malaysia, selalupun Skype je, kalau tak telefon tu, tak adalah. Masa tu, Acik Beah baru teringat kat mak dan abah, oh dah lama sangat tak tanya berita dari Malaysia. Lama sangat. Mata Acik Beah mula berair, sedih sangat kalau fikir mak dan abah, kalau-kalaulah mereka risau dengan Acik Beah yang seorang di luar negara ni. Abah dan mak, Acik Beah dah lama tak telefon Malaysia, Acik Beah rindu sangat nak tengok muka mak dan abah. Hati Acik Beah berkata sendiri.

       Hari itu, didalam bas gonggok itu, didalam kesesakan pelajar-pelajar Arab itu, Acik Jija berjaya buat Acik Beah sebak, sebak memikirkan betapa lupanya Acik Beah pada mak dan abah, dan yang paling penting, Dia yang Maha Satu. Sepatutnya Acik Beah tak boleh berputus asa selagi mana tak hadapi lagi cabaran tu, selagi mana kita tak mencuba. Acik Jija hulur sehelai tisu dekat Acik Beah "Hai Acik Beah, nak menangis pun boleh cun lagi, haish~," Acik Jija!!

       Acik Beah berterima kasih sangat kat Acik Jija sebab bagi satu lontaran kat Acik Beah, Acik Beah rasa biasa je pun ayat-ayat Acik Jija tu, tapi Acik Beah rasa terkesan sangaaaat. Acik Beah nak usaha banyak-banyak, tak mahu dah berundur sebelum mula melangkah, Acik Beah percaya kat Allah, Acik Beah pun percaya juga kat rakan-rakan yang lain yang sebenarnya kita semua memang diciptakan hebat menghadapi ujian tu. Acik Beah nak jaga hubungan sesama Allah, sesama manusia, barulah hidup kita kat dunia ni bermakna.

Thanks Acik Jija! ^^

p/s : Cerita diadaptasi dari kisah benar, cumanya telah diedit sebaik mungkin untuk menyenangkan orang yang menulis dan orang yang membacanya.

p/s II : Banyak lagi yang Acik Jija pesan tapi Acik Beah tak reti nak masukkan dalam cerita ni macam mana. Hehe. Maaf.

p/s III : "Setiap jalan yang susah itu, membawa pengakhiran yang gembira" - quoted.