Teringat kata- kata guru masa belajar di sekolah dulu. Allah kalau beri kita ujian atau msuibah itu maknanya kerana empat sebab :
Sesungguhnya, kami sedar kami telah ditipu! Apakan daya, nak lawan cakap arab dengan pakcik teksi, vocabulary tak cukup, nak buat muka garang, muka student melayu semua cun-cun lembut. Kami tak reti nak lawan!
Lepas peristiwa tersebut, lantas kami menyediakan plan perancangan sekiranya perkara tersebut berulang lagi.
Oh, 2 JOD itu sangat banyak ye...duit rakyat tuu
Another story of mine,
Sesampainya di Jordan, terus sahaja mentor membawa kami membeli simkad baru, *saya telah menghilangkan simkad Jordan masa di Malaysia lagi,* namun tak sampai 3 minggu saya tinggal di Jordan ini, satu lagi perkara musibah berlaku yang saya kira mungkin atas kecuaian saya sendiri; saya keciciran handphone saya!!
Dan buat masa sekarang ini, saya ketiadaan handphone. :P
Err mak, abah, boleh tak kalau nak beli handphone baru??
Satu yang saya perhatikan, bumi Jordan sememangnya bumi yang diberkahi, err saya memang pernah terniat dan teringin untuk mendapatkan handphone baru apabila sampai di sini.
So, alangkah baiknya kalau kita doa yang baik-baik kerana insyaAllah doa-doa yang baik itu diterima Allah.
- sebagai kifarah yakni denda untuk menghapus dosa kecil yang lalu
- untuk meningkatkan darjat keimanan kita pada-Nya
- sebagai peringatan untuk diri yang lupa dan lalai
- memberi pahala pada hambanya yang bersabar

Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah knows, while you know not.
( Surah al - Baqarah : 216 )
Ya, tiada manusia suka apabila dirinya ditimpa musibah, tapi jikalau difikir-fikir semula, Allah turunkan ujian semuanya kerana kasih dan sayangnya Allah pada hambanya; mengingatkan manusia tentang tujuannya hidup didunia dan memberi peringatan agar manusia tidak terpesong jauh dari jalanNya. Subhanallah, terharu.
Sesungguhnya Allah itu ada sentiasa bersama kita. Beruntunglah orang yang sentiasa diuji itu. :) Setiap kesabaran dan keredhaan kita menghadapi musibah tersebut ada ganjarannya di sisi Allah.
Ada sebabnya saya post topik ini.
Masalah yang dihadapi saya setibanya di Jordan, mungkin terdapat sedikit kesilapan teknikal di pihak jami'ah, ditulisnya di situ, saya memohon untuk mengambil jurusan perubatan. Oh, semestinya saya hanya ditawarkan oleh pihak tajaan jurusan pergigian. Sepanjang minggu pertama pembelajaran di JUST, saya dibantu oleh pihak SPB PERMAI untuk menyelesaikan perkara tersebut (penukaran kos) dan buat sementara waktu saya memasuki kelas pelajar-pelajar medic. Untunglah untuk first year student medic and dentist, subjek pembelajaran hampir sama.
Dan err mungkin yang mencabarnya apabila berhadapan dengan pihak pengurusan jami'ah, dengan skill arab yang sangat power biasa, agak susah untuk berbicara dalam bahasa 'ammiyah mereka. Bayangkan saja, untuk seharian itu, saya hampir berjaya tawaf satu jami'ah JUST hanya semata kerana ingin mendapatkan jadual baru untuk subjek dentistry.
Tapi seronok juga :)
Malu bertanya sesat jalan kan...?
Ada lagi kisahnya.
Saya dan roommate baru sahaja pulang daripada Arabella Mall, *shopping*. Pulang ke sakan menaiki teksi, *for the first time balik sendiri*. Tipikalnya tambang teksi untuk kawasan Irbid tidak akan melebihi 75 qirsh, paling mahal pun dalam 1 JOD. Untuk pelajar baru seperti kami, biasalah tersekat-sekat berbicara dalam arab. Sesampainya di sakan, pakcik teksi itu meminta tambang 2 JOD. Hei, cekik darah betullah pakcik ni, kami sedar tidak mungkin tambang akan jadi semahal itu, tapi, iyalah nama pun pelajar baru kan, kami dengan innocent memberinya 2 JOD.
| Bahagian dalam, macam kurang kualiti je gambar ni |
| Arabella Mall, macam shopping kompleks kat Malaysia, macam IOI Mall gitu. |
Lepas peristiwa tersebut, lantas kami menyediakan plan perancangan sekiranya perkara tersebut berulang lagi.
Oh, 2 JOD itu sangat banyak ye...duit rakyat tuu
Another story of mine,
Sesampainya di Jordan, terus sahaja mentor membawa kami membeli simkad baru, *saya telah menghilangkan simkad Jordan masa di Malaysia lagi,* namun tak sampai 3 minggu saya tinggal di Jordan ini, satu lagi perkara musibah berlaku yang saya kira mungkin atas kecuaian saya sendiri; saya keciciran handphone saya!!
| Begini rupa handphone saya, sekiranya ada yang terjumpa, silalah pulangkannya kembali~ Sayang elok lagi ni, boleh pakai, tak rosak pun lagi. |
Dan buat masa sekarang ini, saya ketiadaan handphone. :P
Err mak, abah, boleh tak kalau nak beli handphone baru??
Satu yang saya perhatikan, bumi Jordan sememangnya bumi yang diberkahi, err saya memang pernah terniat dan teringin untuk mendapatkan handphone baru apabila sampai di sini.
So, alangkah baiknya kalau kita doa yang baik-baik kerana insyaAllah doa-doa yang baik itu diterima Allah.
![]() |
And when My servants ask you, (O Muhammad), concerning Me - indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me ( by obedience ) and believe in Me that they may be (rightly) guided.
( Surah al - Baqarah : 186 )
p/s : Agaknya saya kena semua-semua ini sebab Allah nak ingatkan saya supaya sentiasa tajdid niat, apa matlamat kita nak datang Jordan ini. Datang sini bukan sebab nak main-main, bukan sebab nak beli handphone baru terasa, dan bukan saja-saja melawat-lawat, shopping ke apa.
p/s 2: kena consult abah dulu ni kalau nak kena beli handphone baru, kan, abah? :P
p/s 3 : haritu terkena juga, syabab arab, tersesat tertelefon saya, salah nombor agaknya tapi cukuplah dah kena kacau aritu, bagus juga handphone hilang, dah tak kena asyik call lagi. haha XD


