Saya kira dalam banyak-banyak kisah pengalaman saya di Turki, ada satu yang saya rasa tidak mampu saya lupakan dan mungkin akan dijadikan modal cerita yang menarik untuk dihebahkan pada semua. Kisah pengalaman yang pahit namun amat manis untuk saya ingati dan tidak lupa sampai bila-bila. Satu dalam seribu, agaknya.
Alhamdulillah, saya masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara segar kurniaan nikmat Illahi.
Dan masih disini untuk sebarkan apa yang saya rasa. Belajar menghargai nikmat hidup, nyawa yang telah diamanahkan.
************
Jam 9 malam, waktu tempatan di Turki, bas sudah siap menunggu di luar kawasan hotel, menanti penumpang-penumpang untuk masuk ke dalam perut bas. Dua puluh tiga orang kesemuanya akan memulakan perjalanan ke Pamukkale, tempat yang terindah yang tidak dapat terbayang dek penglihatan mata manusia. Melihat pada gambar dan promosi iklan-iklan di ruangan maya sahaja tidak mencukupi, saya kira harus kita sendiri harus merasa, melihat keindahan dan keajaiban ciptaan tuhan yang satu ini.
Kira-kira perjalanan kami ini mengambil masa selama 10 jam untuk sampai ke Pamukkale, tempat kedua terindah di Turki ini, menarik perhatian pelancong untuk datang ke sini. Nyata saya kira tempat yang sangat attractive dan menjadi kelebihan untuk Turki menjadi salah satu pusat pelancongan yang terbaik. Baru sahaja beberapa jam perjalanan, mata sudah tidak tahan kantuk, dibiarkan mata terlelap sedap di tingkap bas itu,
Bas melewati R&R beberapa kali, berhenti untuk makan dan pada masa yang sama tempat rehat dan bersolat, satu kelainan pada Turki, R&R mereka juga menyerupai shopping mall, advantage untuk menghabiskan duit membeli-belah :) Sepanjang malam itu, lena kami melayan tidur.
Itu baru permulaan.
Seusai subuh, kami masih lena melayan kantuk, sunyi-sepi memenuhi ruangan bas, termasuk saya, langsung tidak sedar keadaan sekeliling, sehinggakan ada suatu saat itu gegaran bas lebih daripada biasa, kepala saya terhantuk pada dinding bas, lantas mode mengantuk saya bertukar ke mode sedar, dalam keadaan terkejut, saya meliht diluar bas, apakah yang sedar berlaku? Bas hampir terbalik, melanggar tiang disepanjang pembahagi jalan, menyenget masuk ke pembahagi jalan yang menyerupai sebuah longkang besar berbentuk V. Suasana bas mula hingar-bingar, suara jeritan dari rakan-rakan kerana panik masuk ke gegendang telinga saya. Saya memegang kepala, securely supaya tidak terhantuk di dinding bas banyak kali, nyata pemandu bas hilang kawalan, stereng bas digengganmya sekuat hati.
Waktu itu, kedengaran hingar-bingar jeritan dan tangisan, barang-barang yang diletakkan diatas kabinet bas, jatuh dari tempat asalnya, bas pada masa itu, cuba mencari kembali keseimbangan, terhuyung-hayang, kekiri kekanan, saya lihat diluar tingkap, hanya dapat melihat bayang langit biru, dengan keadaan kacamata yang senget-benget, difikiran sudah mula membayangkan macam-macam, wajah mak abah dan keluarga, rakan-rakan seperjalanan, dan yang paling saya takut, adakah ini pengakhiran hidup saya? Amal apakah yang akan saya persembahkan kepada-Nya nanti sekiranya sampai disini sahaja riwayat hidup? Apakah saya mampu dengan amalan yang tidak seberapa ini menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan kelak? Adakah ini cara saya menghadapi kematian?
Perasaan pada waktu itu, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...hanya Dia yang tahu betapa hati waktu itu hanya bergantung harap pada-Nya. Allahu Allah.
Saya lihat rakan sebelah, sudah jatuh terduduk di tengah laluan bas, cuba bangun untuk mengelakkan diri dari terhantuk, dia juga hilang kawalan, dua-tiga kali badannya kekiri-kekanan melanggar kerusi didalam bas itu, kesan pergerakan bas yang tidak terkawal. Saya kalih pada rakan dibelakang, barang yang diletakkan diatas kabinet bas, jatuh mengenai kepalanya, raut wajahnya mengerang kesakitan, tidak mampu berkata-kata waktu itu, rakan disebelah memegang erat, cuba melindungi sesama sendiri.
Setelah beberapa minit bertarung kesakitan, ketidak-kawalan diri, bas mula berjalan perlahan, pemandu bas mula mengawal pergerakan bas, perlahan-perlahan bas berhenti, kami mulai tenang, perlahan-lahan membetulkan posisi duduk, tergamam sebentar, susah untuk mempercayai apakah sebenarnya yang telah saya dan rakan-rakan lalui. Mulut terkumat-kamit mengucapkan hamdalah, setinggi-tingginya pada Yang Esa, masih diberi kesempatan sekali lagi, merasai nikmat hidup, Alhamdulillah, ya Allah.
Pemandu bas keluar memeriksa keadaan bas, cermin dihadapan bas retak, barang-barang yang terjatuh tadi, diangkat semula diletakkan ditempat asal, alhamdulillah tiada kecederaan fizikal dan mental dilaporkan. [Cuma mungkin saya sempat melihat cermin mata Kechik patah (?)]. Bas berjalan keluar semula ketengah jalan, meneruskan perjalanan ke Pamukkale seperti biasa.
*****************
Cumanya trauma masih terasa, tipulah kepala yang terhantuk kiri dan kanan tidak terasa sakit, bahu seorang rakan, sampai kesudah kesannya masih terasa, setiap kali bas bergegar melalui jalan-jalan yang tidak rata, kejadian itu terus menghantui, cepat-cepat saya berdoa, ya Allah, kau permudahkanlah urusan perjalanan kami dengan selamat tanpa kecelakaan, laju sedikit pemandu bas itu menekan minyak memecut, jiwa terasa dihantui dengan kejadian itu. Sumpah saya katakan, setiap kali menaiki bas tambahan dibawa dengan laju, kejadian tersebut masih terbayang-bayang dikotak fikiran.
Sampai kesudah, kemas tersimpan di kotak memori, saya cuba untuk mengingati semula peristiwa dan menghayati perasaan tersebut, nyata ini satu peringatan kecil dari Allah s.w.t. Peringatan yang paling manis buat hamba-Nya, saya terkesan, Alhamdulillah.