Melalui hari-hari yang sukar dan teguh, itulah pengalaman.
Mendepani cabaran dan ujian, itu dugaan.
Ada juga yang mengharap keajaiban datang silih berganti,
Tanpa mengetahui bahawa usaha itu adalah mesti
Namun, bagaimana kita memandangnya, itulah perbezaan.
Hidup adalah pilihan,
Sama ada mahu menyucikan jiwa dari kotoran
Atau mahu terus celaka sehari-harian
"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya"
[Asy-Syams : 8-10]
